Wednesday, January 12, 2011
Hidayah Akal
Dengan akal, kita kena logik. Kita tahu, sekiranya membuat begini, maka begini jadinya. Dengan akal, kita dapat menambah ilmu. Kita ke sekolah ataupun unuversiti, hadir kelas dan dengar ajaran daripada guru ataupun pensyarah. Dengan akal, kita mencipta banyak benda bagi memudahkan kehidupan. Dengan akal, lahirlah segala bentuk cabang ilmu seperti falsafah dan sains. Dengan akal juga, lahirlah tokoh ilmuan seperti Phytagoras, Archimedes, Socrates, Plato, Aristotle, Albert Einstein, Ibn Rusyd, Ibn Sina dan al-Razi. Tetapi dengan akal sahaja, kita tidak semestinya menjadi baik. Walaupun dengan akal, kita dapat membezakan antara baik dengan buruk, tetapi yang baik bagi kita tidak semestinya baik pada pandangan Tuhan. Apabila Tuhan menyatakan sesuatu perkara itu tidak baik, maka perkara itu sememangnya tidak baik. Contohnya, orang pada zaman jahiliyah dulu maju terutama dalam perniagaan,, politik, ukuran dan ternakan. Tetapi mereka menyembah berhala sebagai Tuhan. Mereka membunuh anak perempuan, berzina, merompak dan minum arak.Kenapa ini berlaku? Ini disebabkan, pada pandangan mereka, benda-benda itu bain dan dapat membuat mereka gembira. Mereka membunuh anak perempuan bagi mengelak daripada bala. Mereka berzina kerana berzina itu seronok dan pada masa itu mereka tidak tahu mengenai kahwin lagi. Mereka merompak kerana dengan mengambil hasil usaha keras orang lain, hidup menjadi mudah.Mereka minum arak kerana mereka kata minum arak dapat menyelesaikan masalah. Jadi, walaupun akal ini membezakan manusia dengan haiwan dan membantu kita menjadi lebih cerdik,DENAGN AKAL SAHAJA BELUM TENTU DAPAT MENJADIKAN KITA ORANG YANG BAIK. Pelajar di universiti semuanya cerdik. sekiranya tidak, mereka tidak dapat masuk universiti. Tetapi, mengapa masih ramai yang menimbulkan masalah sosial? Seperti kes hari ini, pelajar universiti menjadi juara bagi kesgugur anak. Malah, dalam kalangan mereka juga ada orang tengah yang mengaut keuntungan dengan membawa pelajar yang hendak menggugurkan anak berjumpa doktor haram. Pelajar universiti juga terlibat dengan black metaldan mengedar MMS gambar dan video luncah aksi remaja. Selain itu, pelajar universiti juga menjual pil seks dan membuat lama web prono dan gay. Jadi, DENGAN AKAL SAHAJA, SESEORANG TIDAK SEMESTINYA BOLEH TERUS DIANGGAP BAIK
Subscribe to:
Posts (Atom)
