Pages

Wednesday, October 6, 2010

KAU & AKU

Saban hari, wajah kau yang sering bermain di mata aku. Setiap detik & ketika. Tiada yang lain hanya kau sahaja. Tiada kata yang terucap. Akan tetapi, perlakuan kau terhadap aku tidak menggambarkan status perhubungan kita yang sebenarnya dihalang dek kerana batas batas pergaulan antara lelaki & perempuan ajnabi. Kali pertama kau menyentuh aku dengan niat mahu membantu aku yang dalam kesakitan. Itu jugalah kali pertama aku disentuh lelaki bukan muhrim dengan kebenaran aku kerana aku tahu niat kau yang ingin mengurangkan kesakitan yang aku alami. Selepas kali pertama itu, kau terus terusan menyentuh aku. Aku tidak menyalahkan kau semata mata. Aku tidak pernah menghalang segala perbuatan kau. Akan tetapi, aku juga tidak pernah membalas segala perbuatan kau terhadap aku. Sebenarnya, aku terlalu menyayangi kau. Namun, hanya Tuhan yang tahu mengapa kita dipertemukan. Kau sama sekali tidak akan menjadi milik aku. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku tetap melayari waktu indah bersama sama kau saban hari.