Pages

Sunday, July 4, 2010

Sebanarnya Wanita Itu Cantik

*Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan*

*Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang daripada anak-anaknya*

*Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh*

*Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya*

*Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya*
*Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu*

*Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.*

*Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah daripada pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya.*

*Kecantikan seorang wanita harus dilihat daripada matanya kerana itulah pintu hatinya tempat di mana cinta itu ada.*

kepada kaum lelaki,
sedar dan ingatlah
kecantikan wanita adalah yang azali..
jangan dilihat pada kecantikan luaran semata-mata
Selamilah hati wanita itu..dan ingatlah..
Setiap wanita itu cantik

Terima Kasih Tuhan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuka pintu hati adiy. Tak lupa juga ucapan terima kasih untuk sahabat adiy yang bernama Shahrizal. Adiy mendapat petujuk selepas membaca buku yang dibawa oleh Rizal. Catatan yang akan adiy tulis ni ikhlas adiy nak kongsikan dengan semua yang sudi singgah di ~adam blog~