Pages

Tuesday, October 12, 2010

KAU & AKU

Dapatkah kau selami hati aku
Dapatkah kau mengerti hati aku
Betapa tinggi harapan aku
Ingin bersama hidup dengan kau
Walau apa pun rintangan
Rela aku tempuhi
Kau penyeri kalbu aku yang sepi
Kau membuat rindu aku jadi indah
Kerana aku...
Teramat cinta kepada kau
Duhai kasih...
Hanyalah kau aku sayang
Biar pun masa berlalu
Cinta tak berubah
Kau membalut luka aku
Dengan wangian cinta kau
Agar tak akan berulang kelukaan
Moga cinta ini kekal selamanya
Walau kau tak pernah tahu bahawa aku terlalu mencintai kau sampai akhir hayat aku. Tak akan sekali pun aku melupakan kau kerana aku tidak mampu untuk melupakan kau & memadamkan kau dari kotak ingatan kenangan aku

Sunday, October 10, 2010

KAU & AKU

Aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku rindukan suara kau. Aku rindukan senyuman kau. Aku rindukan tatapan mata kau. Aku rindukan sentuhan kau. Aku rindukan belaian kau. Aku rindukan pelukan kau. Aku rindukan saat indah kita berdua. Aku sayang kau sepenuh hati aku. Aku tak sanggup kehilangan kau. Kau selalu ada di sisi aku. Kau selalu ada ketika aku jatuh. Kau memberikan aku kekuatan. Aku masih ingat pada suatu hari aku menghadapi masalah yang membuatkan aku tidak keruan sehingga sanggup melakukan perkara yang menzalimi diri sendiri. Keesokannya, kau menegur aku dan bertanyakan khabar aku. Aku serba salah untuk menjawab. Aku cuba menyembunyikan keadaan aku yang sebenar daripada kau. Akan tetapi, kau terlihat sesuatu yang menyangkal kata kata aku. Kau bertanya kepada aku. Aku cuba sedaya upaya menyembunyikan hal yang sebenar daripada pengetahuaan kau. Kau terus mendesak dan merayu agar aku berkongsikan masalah aku bersama kau. Akhirnya, aku menyerah. Aku menceritakan kepada kau segalanya. Aku tidak mampu mengawal perasaan sehingga air mata aku menitis setitik demi setitik dan akhirnya mengalir deras. Kau begitu setia mendengar masalah aku. Terharu sungguh rasanya. Itulah kali pertama aku menangis di hadapan lelaki. Malu rasanya. Akan tetapi, perasaan itu aku ketepikan dan aku berasa sangat puas. Setelah itu, kau memberikan aku ruang untuk bersendirian. Tenang rasanya jiwa aku setelah itu. Aku amat berterima kasih kepada kau yang sudi mendengar cerita aku sehingga sanggup mendesak dan merayu kepada aku agar aku bercerita. Aku sayang kau sangat sangat. Terima kasih sayang.....

Friday, October 8, 2010

KAU & AKU

Aku mencintai kau. Aku ingin menjadi yang halal untuk kau. Aku ingin menghabiskan setiap waktu aku bersama kau. Tiada yang lain, hanya kau. Kasih sayang aku terhadap kau yang dahulunya berputik kini sudah berbunga kembang dan mekar. Setiap hari, aku pasti menginginkan sentuhan lembut kau terhadap aku. Kau seakan memahami yang aku sentiasa inginkan belaian kau. Sehari tanpa kau membuatkan aku tidak keruan. Aku perlukan kau di sisi aku, bukan seketika tetapi selamanya. Hingga ke akhir hayat aku. Aku ingin mati di samping kau. Kau cinta pertama yang sangat indah bagi aku. Sampai mati sekali pun, aku tidak mungkin akan melupakan kau. Tiada apa yang dapat mengurangkan rasa kasih, sayang dan cinta aku terhadap kau. Wajah kau selalu bermain di fikiran aku. Terlalu perit berjauhan dengan kau walaupun seketika. Walau kita tidak ditakdirkan bersama, namun cinta aku terhadap kau akan terus hidup dalam jiwa aku buat selama lamanya

KAU & AKU

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Ku temukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah...

Kau cinta pertama yang terindah bagi aku. Kau istimewa bagi aku. Kau adalah cinta pertama yang tak akan aku lupa sampai aku mati. Walau kau tak akan aku miliki tetapi cinta aku terhadap kau akan selamanya hidup dalam hati aku. Aku tak akan pernah lupakan kau. Kau KENANGAN TERINDAH aku selamanya

Wednesday, October 6, 2010

KAU & AKU

Saban hari, wajah kau yang sering bermain di mata aku. Setiap detik & ketika. Tiada yang lain hanya kau sahaja. Tiada kata yang terucap. Akan tetapi, perlakuan kau terhadap aku tidak menggambarkan status perhubungan kita yang sebenarnya dihalang dek kerana batas batas pergaulan antara lelaki & perempuan ajnabi. Kali pertama kau menyentuh aku dengan niat mahu membantu aku yang dalam kesakitan. Itu jugalah kali pertama aku disentuh lelaki bukan muhrim dengan kebenaran aku kerana aku tahu niat kau yang ingin mengurangkan kesakitan yang aku alami. Selepas kali pertama itu, kau terus terusan menyentuh aku. Aku tidak menyalahkan kau semata mata. Aku tidak pernah menghalang segala perbuatan kau. Akan tetapi, aku juga tidak pernah membalas segala perbuatan kau terhadap aku. Sebenarnya, aku terlalu menyayangi kau. Namun, hanya Tuhan yang tahu mengapa kita dipertemukan. Kau sama sekali tidak akan menjadi milik aku. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku tetap melayari waktu indah bersama sama kau saban hari.