Thursday, September 2, 2010
KAU DAN AKU
Hanya kau satu-satunya lelaki yang pernah menyentuh aku. Kau bukan muhrim untuk aku begitu juga aku bukan muhrim untuk kau. Sebelum ini, aku tidak pernah menyentuh lelaki dan aku tidak sama sekali membenarkan mana-mana lelaki menyentuh aku sewenang-wenangnya. Aku tidak memandang remeh batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi. Akan tetapi, aku tidak tahu mengapa. Ketika berhadapan dengan kau, iman aku menjadi lemah. Ketaqwaan aku bagaikan hilang seketika. Kau pernah memegang dan mengulas lembut tapak tangan dan jari jemari aku. Kau pernah memegang bahu aku dan memeluk kedua belah bahu aku. Kelakuan kau bagaikan diri aku halal untuk kau. Walhal, aku pasti yang kau tahu bahawa bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram dan sudah dikira zina. Entah kenapa kau berkelakuan begitu terhadap aku. Aku tertanya-tanya, namun hanya kau yang tahu mengapa. Aku bingung. Kau sudah punya yang halal tetapi lagak kau tidak begitu. Aku perasan terhadap layanan kau yang berbeza untuk aku. Cara kau melayan aku kadang kala berbeza dengan cara kau melayan orang lain. Aku juga pelik dengan diri aku yang sentiasa melayan karenah kau dan membiarkan segala perlakuan kau terhadap aku. Ah, berdosanya aku! Ampunilah aku. Sesungguhnya, aku manusia lemah yang sering melakukan kesalahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment