Pertama :
Kat rumah adiy ni tak ada langsung suasana belajar. Keadaan yang sempit dan suasana bising yang dibuat oleh manusia yang tak fikir orang lain. Macam kat taman ni dia sorang je yang ada. Tak faham betul manusia yang macam ni. Manusia. Tapi tak macam manusia. Adoiyai. Fenin dibuatnya. Keadaan ni la yang buat adiy rasa macam malas je nak study. Lebih suka melagho. Adiy cuba kikis rasa malas tu. Nak elakkan daripada dengar bunyi bising time study yang boleh hilangkan mood study, adiy ambil inisiatif dengan belajar waktu tengah malam dan awal pagi. Usaha ni memang berhasil. Rasa lebih selesa nak study time tengah malam atau awal pagi. Uolz should try.
Kedua :
Majoriti penduduk kat taman ni berfikiran kolot. Especially kat hala adiy ni. Susah betul la. Nak buat macam mana. Nama pun perumahan kos rendah. Faham- faham je la macam mana pemikiran mereka. Huh! Payah dibuatnya. Perkara yang tak diketahui sejauh mana kesahihannya dah disebarkan menjadi cerita yang entah apa-apa je. Lepas tu dah la suka bergosip tak tentu pasal. Buat orang rasa menyampah je. Yang paling mangkuk, suka sangat terpengaruh dengan cerita orang. Tup-tup, dapat pula orang yang jenis bila bercerita suka nak menokok tambah. Orang yang macam ni memang kesian. Bayangkan. Mereka yang buat kerja terkutuk ni semuanya jenis yang selalu ke surau untuk solat mahu pun menghadiri majlis ilmu. Macam mana? Kesian tak diaorang ni? Pergi surau tuntut ilmu. Perangai entah apa-apa. Tak ke mangkuk. Ada satu lagi jenis manusia. Bagi adiy jaga tepi kain orang tu ada masanya perlu. Sifat menganggap anak orang seperti anak sendiri juga perlu. Masalahnya, kalau nak tegur anak orang make sure yang anak awak sendiri tak buat perkara terkutuk. Ni tidak. Pergi surau. Nasihat anak orang itu ini. Anak sendiri buat hal tak tahu. Manusia...manusia... Jangan asyik nak cari silap orang je. Kita ni tak sempurna dan selalu buat silap. Cerminlah diri anda sendiri dan belajarlah daripada kesilapan sendiri mahu pun orang lain.
Kesimpulanya, adiy nak bagi tahu. Janganlah nak mengumpat atau mengatakan hal orang sesuka hati. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang tu mesti ada sebab musababnya. Lepas ni kalau tak dah nampak muka adiy keluar sembang-sembang dengan anak korang, korang jangan salahkan adiy. Jangan nak kata adiy sombong. Adiy dah menyampah rasanya dengan perangai korang yang mengalahkan budak-budak. Manusia...manusia. Ingatlah. Hidup ini sementara. Manfaatkalah sebaiknya. Adiy mohon semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara yang terkutuk ni. INSYAALLAH

No comments:
Post a Comment