Pages

Sunday, May 30, 2010

Manusia oh Manusia

Biar adiy share dengan uolz pasal persekitaran taman perumahan adiy & perangai manusia kat taman adiy ni. Sebenarnya adiy dah tak tahan tinggal kat sini. Rasa nak pindah je. Keadaan ini didorong oleh dua sebab utama. Iaitu:-

Pertama :

Kat rumah adiy ni tak ada langsung suasana belajar. Keadaan yang sempit dan suasana bising yang dibuat oleh manusia yang tak fikir orang lain. Macam kat taman ni dia sorang je yang ada. Tak faham betul manusia yang macam ni. Manusia. Tapi tak macam manusia. Adoiyai. Fenin dibuatnya. Keadaan ni la yang buat adiy rasa macam malas je nak study. Lebih suka melagho. Adiy cuba kikis rasa malas tu. Nak elakkan daripada dengar bunyi bising time study yang boleh hilangkan mood study, adiy ambil inisiatif dengan belajar waktu tengah malam dan awal pagi. Usaha ni memang berhasil. Rasa lebih selesa nak study time tengah malam atau awal pagi. Uolz should try.

Kedua :

Majoriti penduduk kat taman ni berfikiran kolot. Especially kat hala adiy ni. Susah betul la. Nak buat macam mana. Nama pun perumahan kos rendah. Faham- faham je la macam mana pemikiran mereka. Huh! Payah dibuatnya. Perkara yang tak diketahui sejauh mana kesahihannya dah disebarkan menjadi cerita yang entah apa-apa je. Lepas tu dah la suka bergosip tak tentu pasal. Buat orang rasa menyampah je. Yang paling mangkuk, suka sangat terpengaruh dengan cerita orang. Tup-tup, dapat pula orang yang jenis bila bercerita suka nak menokok tambah. Orang yang macam ni memang kesian. Bayangkan. Mereka yang buat kerja terkutuk ni semuanya jenis yang selalu ke surau untuk solat mahu pun menghadiri majlis ilmu. Macam mana? Kesian tak diaorang ni? Pergi surau tuntut ilmu. Perangai entah apa-apa. Tak ke mangkuk. Ada satu lagi jenis manusia. Bagi adiy jaga tepi kain orang tu ada masanya perlu. Sifat menganggap anak orang seperti anak sendiri juga perlu. Masalahnya, kalau nak tegur anak orang make sure yang anak awak sendiri tak buat perkara terkutuk. Ni tidak. Pergi surau. Nasihat anak orang itu ini. Anak sendiri buat hal tak tahu. Manusia...manusia... Jangan asyik nak cari silap orang je. Kita ni tak sempurna dan selalu buat silap. Cerminlah diri anda sendiri dan belajarlah daripada kesilapan sendiri mahu pun orang lain.

Kesimpulanya, adiy nak bagi tahu. Janganlah nak mengumpat atau mengatakan hal orang sesuka hati. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang tu mesti ada sebab musababnya. Lepas ni kalau tak dah nampak muka adiy keluar sembang-sembang dengan anak korang, korang jangan salahkan adiy. Jangan nak kata adiy sombong. Adiy dah menyampah rasanya dengan perangai korang yang mengalahkan budak-budak. Manusia...manusia. Ingatlah. Hidup ini sementara. Manfaatkalah sebaiknya. Adiy mohon semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara yang terkutuk ni. INSYAALLAH

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta







Saturday, May 29, 2010

Blogger

huh...penatnya. Hari ni adiy belajar guna blog. Tambahkan apa yang patut kat blog adiy. Hias cantik-cantik. Buat itu. Buat ini. InsyaAllah tak lama lagi adiy akan kongsikan blog ni dengan kawan-kawan. Kita bolehlah berkongsi cerita dan pendapat. Kat sini kita open minded ok. Boleh share apa je yang uolz nak share. Mula-mula tadi masa nak setting blog ni adiy dah rasa macam malas je sebab susahkan. Tapi biasa la. Benda baru belajar. Mesti la susah. So, adiy try je. Nampaknya adiy dah berjaya. Yahoo! Lepas ni adiy akan aktif sebagai blogger girl. Huhu

Friday, May 28, 2010

Exam!

Hari selasa last day mid year exam. Lega rasanya walaupun adiy tahu yang result tak berapa bagus. Mid year exam ni adiy tak betul betul bersedia. Adiy masih lagi main main dan boleh relax daripada study. It's ok! Let it go. Adiy akan try yang terbaik trial ni. Kawan adiy cabar adiy untuk lulus semua subjek trial ni. Dia kata nak bagi hadiah kalau adiy berjaya. Adiy tak kisah pasal hadiah. Tapi adiy sahut cabaran dia sebab adiy nak lulus semua subjek. Especially chemistry and add math. Subjek yang bukan sahaja dah confirm gagal tapi, subjek yang confirm paling rendah. Adiy tekad nak buat yang terbaik trial ni. Nak lulus semua subjek. Adiy tak nak main main dah. Adiy tak nak menyesal di kemudian hari. Adiy pun nak berjaya macam orang lain. Dapat futher study kat unuversiti. Adiy pun ada cita cita yang adiy nak capai. So, untuk itu adiy kena lebih berdisiplin terhadap diri adiy. Adiy tahu, kalau adiy betul betul bersemangat adiy mesti boleh. Keliling adiy ramai yang support adiy. Adiy tak nak hampakan mereka semua dan diri adiy sendiri. So, adiy akan pastikan yang trial bulan 8 ni akan jadi langkah permulaan untuk adiy berjaya dalam spm nanti. Doakan adiy ye!